JellyPages.com

Rabu, 18 April 2012

Seri At-Ta'alim


Sekolah Rendah Islam At Ta’alim telah ditubuhkan pada 1 Januari 1998 bersamaan 30 Syaaban 1418H dan telah didaftarkan dengan Jabatan Agama Negeri Perak dengan nama rasminya SEKOLAH RENDAH AGAMA RAKYAT (SRAR) At Ta’alim. SERI At Ta’alim telah memulakan sesi persekolahannya pada 5 Januari 1998 bersamaan 6 Ramadhan 1418H. Bermula dengan 4 orang guru termasuk seorang Guru Besar dan murid seramai 44 orang dalam dua buah kelas (Tahun 1 dan Tahun 2) di sebuah rumah yang disewa di M2, Fasa 1D1, Sei Manjung.

Pada tahun 1999, premis sekolah terpaksa berpindah ke bangunan rumah kedai yang disewa di Bandar Seri Manjung (Blok S13,S14 dan S15 Fasa 1C2) ekoran daripada sambutan orang ramai dan peningkatan pelajar secara mendadak kepada 156 orang dan pertambahan guru sehingga 8 orang.

Pada Tahun 2000, Seri At Ta’alim terpaksa menyewa 4 (S12, S11, S10 dan S9) buah kedai lagi untuk menjadikan semuanya 7 buah bagi tujuan menampung pertambahan pelajar dan guru. Seorang hamba Allah telah mewaqafkan sebidang tanah Lot 8853, Mukim Sitiawan, Daerah Manjung di Teluk Rubiah dengan keluasan 2 ¾ ekar untuk dijadikan kompleks pendidikan At Ta’alim. Proses penyerahan dan pertukaran nama kepada pemegang Amanah telah dilaksanakan dengan lancar.


Pada tahun 2001, 4 buah kedai (S8, S7,S6 dan S5) telah disewa menjadikan kesemuanya 11 buah kedai yang disewa bagi tujuan menampung penambahan kelas, dewan sholat, bilik komputer dan perpustakaan. Sehingga kini (2006) sebanyak 11 buah premis rumah kedai Fasa 1C2 telah disewa oleh pihak pengurusan Seri At Ta’alim untuk dijadikan kelas, pejabat, dewan sholat/dewan peperiksaan, perpustakaan, kantin, bilik guru, rumah guru dan asrama untuk murid Tahun 6 dan Tingkatan 3.
Pada Tahun 2003, Sekolah Menengah Islam Seri Ta’alim (SEMI) telah ditubuhkan untuk menampung permintaan ibubapa bagi tujuan lanjutan pendidikan lepasan Sekolah Rendah Islam At Ta’alim (SERI) keperingkat menengah.
Pada Tahun 2004, pihak pengurusan telah menyewa sebuah lagi premis rumah kedai T5 bagi tujuan menempatkan kelas (Tingkatan 1 – 3) dan bilik guru SEMI.
Disember 2007, Seri At Ta’alim melalui SRI AT TA’ALIM Management SB telah berjaya membeli 11 buah rumah kedai 2 tingkat di Fasa 1C4 melalui pembiayaan Pinjaman Bank Muamalat. Sekolah Sesi 2008 (Januari 2008) beroperasi di bangunan baru di fasa 1C4 Seri Manjung.
And the last...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan