JellyPages.com

Ahad, 24 Jun 2012

Menahan Bersin Boleh Membawah Maut ?

Menahan Bersin Boleh Membawa Maut ?


Assalamualaikum.....


Aku rasa lama dah tak update blog nie. Biasalah mood kadang-kadang tu ada tapi kadang-kadang hilang, so, malas kalau mood tak ada nak update blog nie. Lagipun idea bukannya selalu ada, kan. Tapi kali ini aku nak bagi sedikit info yang berguna kepada korang semua. Mungkin perbuatan ini ada sesetengah dari kita yang melakukannya tanpa kita sedari ianya memang sangat merbahaya kepada diri kita sendiri.

Betulkah bersin boleh membunuh?, kalau ianya benar sudah pasti manusia pupus dari muka bumi ini. 

Bersin adalah tindakbalas normal atau alergi apabila terdapat benda asing rongga hidung anda. Ini merupakan salah satu tindakbalas semulajadi bagi membersihkan dalaman tubuh badan kita dari kuman.

Kebiasaannya kita akan cuba menahan diri daripada bersin apabila berada di hadapan tetamu dengan menutup rapat hidung dan mulut. Tabiat beginilah yang ingin dijelaskan sebagai bahaya kepada diri sendiri.

Ini kerana, menahan bersin dengan menutup hidung dan mulut ini akan meyebabkan saluran darah pada kepala dan leher anda pecah yang boleh mengakibatkan kematian. Mungkin definisinya agak keterlaluaan mengenai tabiat menahan bersin ini.

Tapi sudah terdapat beberapa kajian perubatan yang menjelaskan mengenai bahaya menahan bersin seperti cara yang diterangkan tadi.

Kajian dari Universiti Alabama menerangkan. Udara akan mengalir keluar dari paru-paru anda ketika bersin dengan halaju 160km/j dan menyemburkan lebih 5,000 titisan air sehingga mampu mencapai jarak 12 kaki dari tempat anda bersin.

Jadi cuba bayangkan jika anda terus menutup rapat hidung dan mulut ketika bersin, akan menyebabkan udara tersekat keluar secara normal. Udara yang sudah ditekan keluar melalui tindakbalas bersin tersebut masih perlu keluar dari tubuh anda dan salah satu caranya adalah melalui saluran telinga.

Udara yang keluar melalui saluran Eustachius ke telinga anda dengan kelajuan 160km/j ini mampu merosakkan gegendang telinga, pendarahan, jangkitan kuman atau hilang pendengaran. Mungkin anda pernah alami seperti bunyi "popping" semasa menahan bersin sebelum ini.


Dalam artikel The Strainght Dope juga mengatakan:

"Jangan menahan ketika bersin, kerana menahan bersin akan mendesak udara keluar melalui saluran Eustachius ke telinga. Akan mencederakan gegendang telinga atau jangkitan kuman.


Profesor Otolaryngology atau ENT dari Kolej Perubatan Baylor, Dr. Donald Donovan menasihatkan supaya tidak menahan bersin. Kerana jika anda menahan bersin, anda akan menyekat kuman dari keluar dari badan dan ini hanya akan meningkatkan kesan keradangan dan jangkitan penyakit.

Lagi satu, Jantung anda akan berhenti berdegup untuk beberapa mili saat. Cara bersin yang sihat ialah dengan mengeluarkan tekanan udara dari badan keluar secara semulajadi melalui mulut dan hidung.

Bagaimana akibatnya pada jantung anda jika anda menahan bersin? Bagaimana tekanan udara dalam tubuh ketika itu? Jadi fikir-fikirkanlah, adakah anda akan terus merasa segan dengan menahan bersin apabila berada di hadapan tetamu?


kalau nak bersin sangat dah, pergi cari tempat yang aman sikit atau tempat yang boleh diklasifikasikan selamat dan lepaskannya. Tapi kalau dah tak tahan lepaskanya saja, lepas tu buat-buat tak tahu...huhuhuhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan