JellyPages.com

Ombak, Laut dan Al-Quran


Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis, apabila orang itu mengeluarkan tangannya, dia tidak dapat melihatnya sama sekali dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar) (Surah An-Nur 24: Ayat 40)
Ingatan Tentang Ombak
Mawujun min fauqimawjun. Dalam ayat tersebut ada menyatakan tentang kewujudan ombak yang berlapis ombak. Kejadian ini disebabkan oleh ketumpatan air laut dan suhu yang berubah mengikut kedalaman air. Ketumpatan air berubah mengikut kedalaman air disebabkan oleh daya tarikan graviti.

Senang kata, paling bawah yang paling tumpat, paling atas kurang tumpat dan suhu menjadi semakin rendah bila kedalaman bertambah. Kedua elemen ini bila kita gabungkan akan menghasilkan sifat laut yang berlapis-lapis.

Lapisan air laut ni bergerak dengan kelajuan yang berbeza dan akan bergeser antara satu sama lain lalu membentuk ombak berlapis antara satu sama lain. Pergerakan air laut ini disebabkan oleh putaran bumi atas paksinya dan juga dinamakan ombak dalaman.
Photo by: Colecovizion 
أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُّجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِ سَحَابٌ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَبَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا وَمَن لَّمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِن نُّورٍ
Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis, apabila orang itu mengeluarkan tangannya, dia tidak dapat melihatnya sama sekali dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)
(Surah An-Nur 24: Ayat 40) 
Kegelapan Laut Dalam

Prof. Durga Rao, seorang pakar dalam bidang Geologi Marin dan bekas professor di Universiti King Abdul Aziz, Jeddah, telah di minta memberi pendapatnya mengenai ayat Al-Qur’an dalam surah yang disebutkan di atas:

Prof. Rao menyatakan bahawa hanya para saintis pada masakini dengan bantuan peralatan moden dapat mengesahkan bahawa adanya kegelapan di dasar laut. Manusia tidak boleh menyelam di dasar laut tanpa bantuan peralatan pada kedalaman melebehi 20-30 meter, dan tidak boleh hidup di kawasan dasar laut pada kedalaman melebehi 200 meter. Ayat di atas tidak merujuk kepada kepada semua lautan kerana tidak semua lautan di dapati mempunyai lapisan-lapisan tahap kegelapan. Ayat ini merujuk khusus kepada lautan dalam, seperti mana yang disebut oleh ayat ini : “kegelapan di lautan dalam yang luas.” Lapisan kegelapan di lautan dalam ini terjadi akibat dari 2 sebab:

1.    Satu sinaran cahaya terdiri daripada 7 jalur warna, iaitu ungu, biru nila (gelap), biru, hijau, kuning, oren dan merah (VIBGYOR). Sinaran cahaya ini akan mengalami pembiasan/pemantulan apabila ianya mengenai air. Lapisan air 10-15 meter teratas akan menyerap warna merah. Oleh itu jika seorang penyelam menyelam sedalam 25 meter ke bawah laut dan terluka, ia tidak akan dapat melihat warna merah darahnya, kerana sinar warna merah ini tidak dapat menembusi kedalaman ini. Begitu juga sinar warna oren akan diserap pada kedalaman 50-100 meter, hijau pada kedalaman 100-200 meter, biru pada kedalaman melebehi 200 meter, sinar ungu dan biru nila pada kedalaman melebehi dari lapisan tersebut Akibat dari kehilangan berperingkat sinar warna ini, dari satu lapisan ke lapisan yang lain, lautan menjadi bertambah gelap secara berperingkat. Kegelapan bertambah mengikut lapisan penyerapan sinar warna. Di bawah kedalaman 1000 meter , ianya menjadi gelap-gulita.

2.    Sinaran matahari diserap oleh kepulan awan ,yang mana ia membias/memantulkan sinaran cahaya mengakibatkan lapisan gelap di bawah awan. Ini merupakan lapisan pertama kegelapan.. Apabila sinaran cahaya ini sampai ke permukaan laut, ianya dibiaskan/dipantul oleh permukaan ombak menyebabkab adanya sinar pada permukaan air. Oleh itu ombak membias/memantulkan cahaya dan mengakibatkan kegelapan. Sinar cahaya yang tidak dipantul akan menembusi ke dalam lautan. Oleh itu lautan mempunyai dua bahagian, iaitu permukaan laut yang bercirikan cahaya dan kepanasan, dan laut dalam yang bercirikan kegelapan. Permukaannya pula dipisahkan daripada bahagian dalamnya oleh ombak.

Ombak dalaman menutupi air dalam di bahagian bawah lautan kerana air di bahagian dalam ini mempunyai kepadatan yang lebih tinggi berbanding dengan air di bahagian atasnya.

Kegelapan bermula di bawah ombak dalaman, sehinggakan ikan-ikan di bahagian air dalam ini tidak dapat melihat; sumber cahaya bagi mereka adalah dari tubuh ikan-ikan itu sendiri.

Ini bertepatan dengan apa yang dinyatakan oleh Al-Qur’an:

“Kegelapan di dalam lautan dalam yang meluas, ditutupi ombak-ombak, yang di atasnya lagi ditutupi ombak-ombak”.

Dengan lain perkataan, di atas ombak ini ada lebih banyak jenis ombak, iaitu yang terdapat di permukaan lautan. Al-Qur’an menyatakan lagi, “di atasnya ditutupi awan (gelap), kegelapan yang berlapis-lapis, satu di atas yang lain”.

Awan-awan ini adalah lapisan –lapisan penghadang , satu di atas yang lain, yang seterusnya menyebabkan kegelapan akibat penyerapan warna-warna pada peringkat-peringkat yang berbeda.
Prof. Durga menyimpulkan dengan menyatakan: “Pada 1400 tahun yang lalu, seorang manusia biasa tidak dapat menerangkan fenomena ini dengan begitu terperinci. Oleh itu keterangan ini semestinya datang dari suatu sumber yang luarbiasa”.
 Al-Quran bukan lah semata-mata untuk kita rungkai kan fakta-fakta sains sahaja,, tetapi amaran-amaran serta iktibar-iktibar yang terdapat di dalam nya juga perlu kita semadikan dalam hati. Para sahabat dahulu "Kami dengar dan kami taat" tanpa perlu pembuktian sains. mereka tetap yakin. mereka adalah Haqqul Yaqin. Semoga kita boleh mencapai darjat seperti mereka di sisi Allah Swt selepas sedikit Ainul Yaqin.

Lensa Hati

Lensa Hati adalah ruangan perkongsian foto oleh fotografer-fotografer serata dunia dari pelbagai jenis bidang fotografi. Foto atau gambar menceritakan 1001 macam kisah, tetapi Lensa Hati akan menekankan aspek kerohanian hati dari foto, yakni perkaitan dari foto kepada al-Quran mahupun Hadith Rasulullah SAW. dan apa jua perkara kebaikan darinya. Moga apabila kita melihat di alam realiti seperti foto yang dikongsikan di sini, lalu terbitlah ayat al-Quran atau Hadith dari benak hati kita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan